Pages

A Person

Yo.

Ini kisah aku. Maka, aku adalah aku.



WHO ARE YOU?
Aku seorang manusia yang tidak sempurna. Masih lagi penuntut ilmu yang mencari arah tuju dalam gelap. Poyo. Kuno. Itulah aku. Dan ada orang tulis pada aku - nerdd. \(-,-)/


WHAT ARE YOU..?
Aku nak jadi penulis. Pernah bercita-cita macam tu. Tapi ternyata menulis assignment sangatlah tak sesyiok menjamah maggie kari bersama telur.

Separa daripada diri aku yang kelam berkemungkinan untuk menjadi seorang pelukis - mungkin. Disebabkan kini aku seorang pelajar studio based.



WHEN ARE YOU...?
Dilahirkan dalam zodiak Aries. Kali terakhir jatuh golek disebabkan monyet yang bercinta adalah tiga belas tahun lepas. Secara serius akan wajib membayar hutang PTPTN dua tahun lagi. Fuh.



WHERE ARE YOU....?
Ternyata terperangkap di dalam kota yang lebih banyak bintang pada bangunan dan kereta di jalan raya berbanding melihat bintang bergantungan di langit. Ada masa curang ke Selangor.



WHY ARE YOU.....?
Mungkin di sini hanya sebuah 'blub' world yang sementara buat seketul aku.



HOW ARE YOU.......?
Waras.


Kepada yang sudi membaca. Bacalah. Dipersilakan juga untuk berkawan dengan saya *tunduk*

Terima kasih ya.

No comments:

Post a Comment