Life is a short journey. Kan?

Yoshi !

Semalam aku baru habis baca buku Esc yang ditulis oleh Budak Tomato. Dua minggu juga aku nak habiskan. Sebabnya aku selalu repeat baca balik dari penghargaan. Hahaha. Nanti In Shaa Allah aku akan buat review buku Esc pula. But in another blog ye... aku akan roger-roger nanti.

|

Itu je aku nak bagi tahu.

|

Btw selamat hari Malaysia. Atau lebih tepat selamat hari cuti Qada' sempena hari Malaysia? Fuh panjangnya.

|

Dua minggu lepas aku dah start kelas. Start serabut dengan jadual kelas yang masih kecamuk. Mula busy naik turun tangga rumah sewa disebabkan aku tak dapat kolej untuk semester ini. Dan lagi bagusnya aku sebenarnya terlupa nak buat rayuan kolej. Serius aku nak hantuk kepala. 😓😓😓

|

Erm.

Life is a short journey. Kan?








Hidup ini tak lama manapun. Sekejap je. Tapi terlampau banyak benda yang aku abaikan. Aku sia-siakan. Dan semua itu berlalu dan hilang. Tak mampupun aku nak kejar. Even kalau aku millionaire pun tak akan termampu untuk beli semua itu.

Sekejap itu jugaklah banyak benda yang aku biarkan berlalu dengan sengaja. Sampaikan aku sendiri taknak pandang balik sebab takut rasa menyesal.

Betul tak?

Kadang-kadang aku juga terlampau bazirkan perasaan untuk sesuatu perkara. Perkara yang dah berlaku dan berlalu. Tak boleh nak control + z pun.

Tapi aku ni pun manusia biasa. Perasaan yang ada hari ini takkan kekal lama. Ikut logiklah apa benda yang akan abadi selamanya dengan kita. Nyawa pun anytime pun boleh go away. In fact setiap kali tidur pun dah boleh dikira mati.

Okay.

Apa point aku sebenarnya?

Yelah dah namanyapun menulis. Takkan aku nak tulis sebaris je kan? Dah alang-alang lama tak menulis - otakpun dah berkarat - jari dah kaku - so aku merepek dulu.

Point aku adalah --

Semua benda yang kita ada ni bukannya selamanya milik kita. Sama ada alam yang kita tatap setiap hari setiap kali melangkah keluar pintu rumah. Atau tanah yang kita pijak dengan kaki dalam setiap langkah menuju destinasi. Atau seseorang yang kita sayang sangat dalam hati. Maksud aku cinta yang halal lah. Bukannya couple-putus-merengek.

Even nyawa yang kita punya pun bukannya kekal. Tak adapun milik kita. Bagitau aku apa sebenarnya milik hakiki bagi kita?

Melainkan perasaan cinta kita kepada Pemilik segala pemilik di seluruh alam yang diciptakan oleh-Nya sendiri.

Hebatkan?

Itupun ikut kekuatan connection wifi kita dengan Dia -- Tak menentu.

Bila kita sedih sangat-sangat. Tak rasa ada seorangpun dalam dunia yang luas ni sayang kita. Ada satu option saja.

Kau solat. waktu sujud kau serahkan diri kau kepada Dia yang sentiasa ada setiap saat dari kau belum wujud sampai kau jadi tanah.

Aku menulis sebab aku rasa sekarang ini ada orang yang rasa dia tak ada sesiapa dan dia bukannya untuk sesiapa.

Aku cuma nak katakan - Kita akan sentiasa dimiliki oleh Dia. Kita milik Dia. Setiap orang yang kita sayang tapi yang at the end pergipun milik Dia. Hati kita semua pun milik Dia. 

Bila-bila masa saja segalanya itu boleh berubah. Dan kita masih punya dunia lain yang kekal abadi.

Jangan ambik jalan singkat. Kau sedih? Ceritalah. Dekat akupun boleh. Senyum sikit. Nah tisu-- Aku tak pandai pujuk orang menangislah...

Sayonara 💋

4 comments:

  1. betul,apappun kita balik semula pada Tuhan kita...kalau sedih,sujud, kalau gembira ,sujud...nak sesuatu doa..semua ni mlik Allah...

    ReplyDelete
  2. Betul. Kite ni makhluk kerdil dan dunia ini pentas kita serta kita adalah pemainnya. Kalau Allah nak matikan watak kita, anytime. Kita masih hidup bermakna kita masih ada perkara yang perlu diperjuangkan. Tak perlu lihat perkara besar-besar, cukup sekadar perjuangan diri sendiri sebagai hambaNya yang berlandaskan amar maaruf nahi mungkar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkara paling susah -- of course lawan diri sendiri. huhuhu...

      Delete